
A Regular Contribution Investment-Linked Plan for up to 80 years old
The Takafulink plan is an investment-linked Family Takaful Plan which has been specifically designed to overcome your financial uncertainties in life and to allow you to maximise your total returns, added with an opportunity to enjoy higher income.
Bagaimana anda sekeluarga mendapat manfaat daripada Pelan Takafulink Single-Invest?
Sumbangan anda akan disalurkan ke dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah.
Yuran Wakalah ialah yuran yang dikenakan oleh Pengendali Takaful selaku ejen peserta bagi menguruskan operasi perniagaan Takaful.
PIA adalah akaun pelaburan individu yang digunakan untuk menjana keuntungan. Sumbangan akan dilabur dalam Dana Diluluskan Shariah.
Caj risiko bulanan akan ditolak daripada PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta menyumbang berasaskan Tabarru’ (sumbangan).
Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar daripada dana ini.
Akaun PIA tertakluk kepada yuran pengurusan dana 1.0%-1.5% setahun, dinamakan Yuran Wakalah Tharawat.
Dana Diluluskan Shariah diuruskan secara profesional oleh pengurus dana yang mempunyai kewibawaan berpengalaman dan dihormati, dengan matlamat memberikan pulangan lebih tinggi untuk pelaburan anda.
Bantuan di saat anda ditimpa musibah
Apabila peserta meninggal dunia sebelum tamat tempoh sijil, Jumlah Perlindungan maksimum atau nilai dana PIA akan dibayar.
Sekiranya berlaku Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sebelum usia 65 tahun, jumlah yang sama akan dibayar.
Jumlah Perlindungan ialah jumlah ditentukan sebagai 130% daripada Sumbangan Permulaan ditambah 130% daripada Sumbangan Penambahan (jika ada), dikurangkan secara bersekadar sebanyak (1 – nisbah sebarang unit Pengeluaran Separa yang dibuat).
Siapakah yang layak?
SESIAPA yang berumur antara 30 hari dan 69 tahun layak mendapat perlindungan Takafulink Single-Invest; bagaimanapun, peserta mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Berapakah jumlah sumbangan?
Takafulink Single-Invest boleh menjadi milik anda dengan jumlah pelaburan sekali gus minimum RM5,000.
Bagaimana sumbangan akan anda laburkan?
95%* daripada jumlah sumbangan permulaan anda, ditolak yuran perkhidmatan RM100, akan disalurkan ke dalam PIA untuk mewujudkan unit dalam dana pilihan anda, khususnya Dana Growth, Dana MAA Shariah Balanced atau Dana Income.
Seperti semua jenis pelaburan, pelan Takafulink Single-Invest kami juga terdedah kepada risiko pelaburan.
Ini adalah kerana nilai pelan Takafulink Single-Invest dikaitkan kepada harga unit dana pelaburan, yang turun naik mengikut harga unit.
Apabila harga unit naik, nilai pelaburan anda akan juga naik. Begitu juga sebaliknya.
CancerCare is a medical plan that provides lump sum benefit payments if the person covered is diagnosed with Cancer, Gender Specific Cancer (GSC) or Carcinoma In Situ (CIS) for GSC. In addition, we also provide a hassle free claim for funeral expenses. Protect yourself with CancerCare today. It is the surest way to keep yourself well-armed against Malaysia’s most rapidly growing illness.
CancerCare
“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser.
Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini.
Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak.
Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.
Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun.
Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.
Anda sanggup habiskan ribuan ringgit utk insuran kereta tetapi tidak untuk life takaful!!
Jika anda memiliki kereta 1.5 berharga RM50k anda menghabiskan
RM 1,525.50 (0% NCD)
RM 1,144.13 (25% NCD)
RM 1,067.85 (30% NCD)
RM 940.78 (38.33% NCD)
RM 839.03(545% NCD)
RM 686.47 (55% NCD)
setahun untuk insuran/takaful yang hanya melindungi kereta anda (dan pihak ketiga etc) dan duit yang anda bayar tidak akan dibayar balik dan hangus begitu saja jika tiada pampasan dibuat!!
anda sanggup mengeluarkan duit sebanyak ini (terpaksa kerana mesti ada untuk renew roadtax) tetapi anda tidak sanggup mengeluarkan sekurang-kurangnya RM50 sebulan (RM600/tahun) untuk melindungi diri anda daripada kehilangan pendapatan. Dengan jumlah RM50 sebulan itu anda menabung disamping itu anda melindungi diri anda dari hilang pendapatan.
Dengan RM50 sebulan juga anda boleh membeli medical card, dimana perbelanjaan wad anda dibayar sepenuhnya, sehingga RM50k setahun (*Term and condition apply - sila tanya perunding sebelum membeli apa2 polisi)
Dengan RM50 sebulan juga anda berpeluang untuk membuat tabungan untuk anak2 untuk simpanan sebelum memasuki universiti, dimana yuran kemasukan pasti meningkat tahun demi tahun. Adakah anda ingin mengharapkan pinjaman PTPTN?? Adakah anda pasti anak anda dapat membayar balik pinjaman tersebut? adakah anda sanggup anak anda di “black list” kerana tidak dapat membayar hutang PTPTN??
Jadi anda ada mempunyai pilihan.. pilihan di tangan anda….
Smart Medic 100 - Stand alone Medical Card - Serendah RM50/bulan dan cover hingga umur 80thn!!
SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami.
SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.
SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah ‘Managed Care Organization’ iaitu Metronic iCares Services. Metronic iCares Services menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan anda;
• Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital*
SmartMedic 100 juga menyediakan perlindungan yang tidak ternilai sehingga umur 80 tahun!
Diri anda dijamin dengan perlindungan ke atas sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila anda memperbaharui pelan ini tertakluk kepada had seumur hidup.
Di samping itu, SmartMedic 100 juga menawarkan faedah Khairat Kematian** sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar jika berlakunya kematian semua sebab.



http://www.maatakaful.com.my/
Persoalan yang ingin dimajukan adalah:-
Q: Adakah anda telah membuat saham untuk akhirat?
RM50,000 adalah sebagai contoh…
Q: adakah anda mempunyai duit sebanyak itu sekarang?
Q: adakah anda sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu untuk didermakan?
jika sanggup, tahniah… anda memang seorang dermawan..
Q: bagaimana pula jika saya cadangkan anda menderma RM50,000 dengan hasil pemberian orang lain?
Q: bagaimana pula tu?
A: Jawapannya, dengan melabur di dalam MAA takaful dan anda menghadiahkan (HIBAH) duit pampasan perlindugan (jika berlaku kematian ke atas diri anda) kepada rumah anak2 yatim atau masjid atau badan2 kebajikan yang lain. Dengan cara ini, anda menderma (membuat saham untuk akhirat dengan duit orang) dan anda memang tidak memerlukan duit tersebut di alam barzakh (perlu ke?)
Dengan mengisi borang HIBAH semasa/selepas membuat pelaburan bulanan atau sekali gus, MAA takaful akan mengagihkah pampasan kepada penerima hibah sebelum mengagihkan selebihnya kepada waris.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:-
“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.
“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ”
Al-Baqarah 240
Jadi, adakah anda ada bekalan untuk anak2 dan isteri2 selama setahun jika anda mati? jika tiada, berusahalah mengadakannya. Dengan menabung ataupun dengan mendapatkan perlindungan takaful yg bukan sahaja 1 tahun bekalan, tetapi mungkin 10 tahun!











